3.5 juta lelaki mati pucuk

April 20, 2010 at 9:22 am Leave a comment

KUALA LUMPUR – Bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah disfungsi erektil atau Erectile Disfunction (ED) iaitu mati pucuk semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang.

Masalah kelakian itu agak membimbangkan dengan bilangan penghidapnya hanya 1.7 juta pada 1997, meningkat kepada 2.3 juta pada 2003 dan 3.5 juta pada tahun lalu. Daripada angka tersebut, 15 peratus melibatkan lelaki berumur antara 25 dan 34 tahun manakala 23 peratus lagi di kalangan lelaki lingkungan umur tersebut mengalami kesukaran mengekalkan ereksi.

Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr. Ismail Thambi yang mendedahkan perkara itu bimbang dengan perkembangan terbaru tersebut kerana ramai di kalangan lelaki muda tidak mengetahui mereka menghadapi masalah berkenaan. “Baru-baru ini ada laporan dari Universiti Columbia yang menyatakan lelaki yang mula aktif dalam aktiviti seksual pada umur yang amat muda iaitu 14 tahun ke bawah mudah mengalami masalah seksual apabila umur meningkat,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau memberitahu, mereka yang kerap melakukan onani atau melakukan hubungan seks seawal umur 14 tahun mungkin terdedah kepada masalah mati pucuk apabila umur meningkat 30-an. Jika sebelum ini masalah psikologi yang berpunca daripada tekanan itu sering menghantui golongan lelaki berusia 40 tahun ke atas, namun kini ia turut menjadi igauan ‘ngeri’ lelaki yang lebih muda. Jelas Ismail, onani boleh menimbulkan masalah Traumatic Masturbatory Syndrome iaitu keadaan di mana klimaks berlaku dengan cepat.

Sumber: KOSMO

Entry filed under: Kesihatan Batin, Masalah Batin, Tenaga Batin. Tags: , , , .

Padah salah aksi ketika ejakulasi 10 Perkara Perosak Sperma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Ubatkuat2u

Artikel yang disediakan di sini adalah merupakan kompilasi. Oleh yang demikian sebarang pertanyaan yang mendalam adalah dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami.

Recent Posts

Rahsia Suami Tahan Lama

Archives

Blog Stats

  • 13,465 hits

%d bloggers like this: