Lelaki Malaysia menderita dalam senyap

April 14, 2010 at 12:08 pm Leave a comment

“Tidak malam ini sayang, saya letih di pejabat.” Mungkin ungkapan ini biasa diucapkan oleh isteri kepada suami. Bagaimana pula jika ucapan sama keluar dari mulut lelaki yang bergelar suami yang kehilangan perasaan keintiman.

Mungkin apa yang terfikir hanya keletihan atau tekanan menjadi faktor penyebab kelembapan rangsangan seksual.

Namun ia sebenarnya turut dikaitkan dengan faktor kesihatan, emosi dan gaya hidup seseorang yang amat berkait dengan kesihatan seksual.

Berbanding topik penjagaan kesihatan lain seperti amalan gaya hidup sihat, senaman dan pemakanan seimbang, topik ini amat jarang diperkatakan.

Selain kurang kesedaran mengenainya rasa malu dan ego adalah penyebab utama kenapa ia jarang dibincangkan.

Tetapi hakikatnya, kini semakin ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap.

Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang masalah seksualsecara terbuka kerana takut digelar ‘tidak sempurna’. Ini kerana banyak beranggapan ‘kejantanan’ lelaki terletak pada kehebatan mereka di atas katil.

Justeru, untuk tidak berasa malu atau dimalukan golongan adam ini lebih rela menderita dalam diam.

Bukan kerana kesakitan yang mudah dikesan melalui pandangan orang lain tetapi masalah yang terlalu sulit sehingga menjejaskan semangat dan keyakinan diri empunya badan.

Apa yang dimaksudkan itu adalah masalah berkaitan keupayaan biologi anggota sulit yang dipanggil disfungsi erektil (ED) atau lebih dikenali dengan mati pucuk.

Menurut Pakar Urologi Universiti Hertfordshire, London, Profesor Michael Kirby, lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan.

”Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan membawa kepada kesan yang bahaya pada diri lelaki tersebut,” katanya.

Terangnya, permasalahan ini sebenarnya berlaku akibat daripada gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar.

Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolestrol dalam darah yang luar biasa tingginya.

Katanya lagi, diabetes adalah satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin.

”Kesan penyakit yang dihadapi itu akan menyebabkan mangsa mengalami penyakit ED,” katanya.

Peratusan pesakit diabetes yang mengalami mati pucuk adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki biasa.

”Ini kerana mereka yang mengalami diabetes cenderung mengalami kerosakan saraf dan risiko kerosakan saraf akan semakin meningkat seiring dengan jangka masa seseorang itu mengidap diabetes.

”Kerosakan saraf turut menjejaskan pengaliran darah ke bahagian anggota badan yang boleh menyumbang kepada keletihan, selain menjejaskan keupayaan ereksi atau mengekalkan ereksi lelaki,” terangnya pada satu majlis yang diadakan di sini baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, penyakit yang dihidapi juga turut menyumbang kepada keletihan dan kelesuan. Tambahan pula pengambilan ubat-ubatan dalam jangka panjang juga mungkin memburukkan lagi keadaan.

Oleh itu katanya, pemakanan seimbang adalah kunci utama kepada kesihatan. Patuhilah panduan pemakanan daripada doktor untuk memastikan diabetes dalam keadaan terkawal.

”Keadaan ini boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan.

”Kesannya kira-kira setengah daripada pengidap diabetes lelaki akan menghadapi masalah tenaga batin,” ujarnya

Jelasnya, dalam satu kajian yang dilakukan oleh The Asia Pacific Sexual Healty and Overall Wellness Survey (AP SHOW) mendapati ramai lelaki di 13 buah negara termasuk Malaysia menderita penyakit berkenaan.

Malah hasil daripada kajian yang terdiri daripada 3,957 responden mendapati 57 peratus golongan lelaki dan 64 peratus wanita menyatakan tidak mendapat kepuasan yang sepenuhnya dalam hubungan intim bersama pasangan mereka.

Keadaan ini menjadi kebimbangan jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya pada peringkat awal.

Kini, para penyelidik mendapati empat daripada lima yang menderita masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca daripada keadaan fizikal

”Adalah tidak munasabah jika memberi alasan malu untuk mendapat rawatan pada peringkat awal. Malah akan wujud implikasi yang serius jika dibiarkan berterusan,” terangnya.

Bagaimanapun, menurut kajian yang telah dijalankan berkaitan rawatan lemah tenaga batin di Asia mendapati, 25 peratus pesakit lemah tenaga batin juga menghidapi tekanan darah berlebihan, 15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus menghidap diabetes, sembilan peratus menghidap keadaan psikitri, tujuh peratus menghidap trauma pelvik, dan dua peratus mengalami kecederaan tulang belakang.

Dalam pada itu, pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan masalah yang melanda lelaki ini.

”Hasil kajian mendapati, antara 10 hingga 20 peratus daripada kes mati pucuk adalah disebabkan faktor psikologi,” katanya.

Bagaimanapun tegasnya, bagi kebanyakan lelaki, ED menambahkan lagi kemurungan mereka sehingga boleh menyebabkan kehilangan keyakinan diri, rendah diri, resah dan tekanan antara mereka dan pasangan.

”Kesemua gangguan emosi itu turut menjejaskan kesejahteraan emosi dan boleh menyebabkan masalah fizikal yang mendorong kepada kepada kegagalan untuk mencapai ereksi.

Sementara itu, gaya hidup yang tidak sihat turut menyumbang kepada masalah seks seperti merokok, meminum minuman keras.

Amalan merokok katanya, bukan sahaja boleh menyebabkan kanser tetapi turut menjejaskan perjalanan darah serta mengganggu pencapaian ereksi.

Namun dengan ledakan teknologi baru terkini, kaum adam tidak perlu malu lagi dan boleh melakukan pemeriksaan sendiri tahap ketegangan ED di rumah.

Ukuran diognostik baru itu dikenali markah ketegangan ereksi (EHS). Ia mampu mengesan tahap awal ED dengan menggunakan skala empat markah yang mengenal pasti ereksi gred satu untuk lelaki yang mengalami ED hingga gred empat.

Terangnya, gred satu dinilai dengan zakar membesar tetapi tidak tegang, manakala gred dua pula keadaan yang tegang tetapi tidak cukup untuk melakukan hubungan intim.

Sementara itu, terangnya lagi, gred tiga pula di nilai dengan cukup tegang untuk seks tetapi tidak tegang sepenuhnya dan yang paling terbaik ialah gred empat, tegang dan keras sepenuhnya.

Beliau menambah, individu yang melakukan penilaian itu boleh mendapatkan rawatan dan perbincangan terperinci dengan pakar perubatan untuk mengembalikan fungsi seksual keseluruhan.

Sumber:Utusan Online, Zuhayati yazid

Entry filed under: Kesihatan Batin, Masalah Batin, Tenaga Batin. Tags: , , , .

Petua untuk Lelaki Padah salah aksi ketika ejakulasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Ubatkuat2u

Artikel yang disediakan di sini adalah merupakan kompilasi. Oleh yang demikian sebarang pertanyaan yang mendalam adalah dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami.

Recent Posts

Rahsia Suami Tahan Lama

Archives

Blog Stats

  • 13,465 hits

%d bloggers like this: