Petunjuk kesihatan dan kepuasan hidup

April 13, 2010 at 12:10 pm Leave a comment

WALAUPUN seks bukan satu keperluan wajib hidup seharian, ianya amat penting bagi kebanyakan manusia biasa, sehinggakan boleh membawa pertikaian, pergaduhan mahupun perceraian. Kerana seks juga hidup seseorang itu boleh musnah atau jika dibuat pilihan yang tepat bertambah ceria dengan perkembangan zuriat secara halal. Namun, fokus artikel ini bukan kepada hubungan seks terlarang, hukum agama mahupun penyebaran penyakit akibat seks rambang.

Apa yang ingin diketengahkan adalah fakta sebuah tinjauan yang menunjukkan rakyat Malaysia, yang rata-rata menganggap seks satu subjek tabu, kurang menikmati keintiman bersama pasangan masing-masing. Perlu juga ditekankan bagaimana hasil tinjauan sama turut menunjukkan hubungan rapat kepuasan seksual seseorang dengan tahap kesihatan dan juga kepuasan hidupnya secara keseluruhan.

 Asia Pasifik

Satu tinjauan besar-besaran tajaan Pfizer untuk 13 negara Asia Pasifik dari Mei hingga Julai 2008 menunjukkan satu persamaan penting dengan tinjauan serupa di Eropah iaitu tahap kepuasan seksual dan juga kepuasan hidup semakin menurun di seluruh dunia.

Tinjauan Kesihatan Seksual dan Menyeluruh Asia Pasifik (AP SHOW) itu juga menunjukkan masalah seksual juga semakin banyak berlaku dengan 31 peratus lelaki dan 43 wanita mempunyai masalah dalam hubungan seks dengan pasangan mereka. Penduduk di India dan Filipina dicatatkan mempunyai kepuasan seksual tertinggi di rantau ini sementara Jepun dan Korea antara yang terendah.

Ahli Pengasas Pusat Kesihatan Seksual Australia di Hospital St. Luke, Sydney, Dr. Rosie King memaklumkan situasi di Malaysia hampir sama seperti di Eropah dengan sebahagian besar penduduknya kurang kepuasan seksual. “Sebanyak 62 peratus lelaki dan 73 peratus wanita negara ini kurang kepuasan penuh dalam hubungan seks berbanding 60 peratus lelaki dan wanita di Eropah. “Selain itu, tinjauan juga menunjukkan kurang kepuasan seksual berkait dengan kepuasan hidup seseorang itu, secara keseluruhannya,” jelas beliau. Menurutnya lagi, individu yang mempunyai tahap kepuasan seks yang tinggi dilihat mempunyai tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi. Selain itu tegasnya, kepuasan seksual juga jelas berkait rapat dengan tahap kesihatan badan, pengurangan stres dan tanggapan positif terhadap kesihatan fizikal, terutamanya di kalangan wanita Malaysia. “Lelaki dan wanita yang mendapat kepuasan penuh dari hubungan seks mereka juga dilihat menggambarkan kesihatan diri sebagai bagus atau amat bagus,” katanya.

 Hasil maklumat yang dikumpul dari pasangan di rantau Asia Pasifik itu, jelas dilihat bagaimana individu yang sihat lebih menikmati hubungan seks bersama pasangan masing-masing. Ini seterusnya dapat memberi kesan berangkai yang meningkatkan pemikiran positif terhadap pencapaian hidup dan kepuasan hidup secara keseluruhan.

Lelaki dan ED

Sekitar 38 peratus lelaki di Malaysia dikatakan menghadapi masalah mati pucuk (ED) dan dianggarkan hanya satu dari 10 pesakit ED sahaja yang mendapatkan bantuan. Selebihnya, hanya mengharapkan bantuan datang atau mencari di tempat yang salah. Menurut Dr. King, lelaki yang menghidap ED seterusnya mungkin berhadapan dengan tahap kepuasan seksual yang berkurangan dan semakin kurang hubungan seks. “Kira-kira 40 peratus lelaki Malaysia melaporkan ereksi yang tidak mencapai tahap maksimum (gred 4). “Lebih malang lagi bagi mereka, tinjauan AP SHOW juga menunjukkan lelaki jauh lebih mementingkan seks berbanding wanita,” ujarnya. Beliau menjelaskan AP SHOW menunjukkan seks merupakan keutamaan nombor lapan daripada 17 keutamaan hidup lelaki tempatan sementara bagi wanita pula ia yang ke-14 daripada 17 keutamaan hidup lain.

Tambahnya, dari segi purata rantau Asia Pasifik pula, seks berada di tangga ke-16 daripada 17 keutamaan hidup bagi wanita. Dari segi peratusan, AP SHOW menunjukkan 64 peratus lelaki menganggap hubungan seksual yang baik dalam perhubungan sebagai penting atau amat penting berbanding hanya 45 peratus wanita yang mempunyai tanggapan sama. Bagi lelaki yang menghidap diabetes pula, mereka lebih berisiko menghidap ED akibat neuropati diabetik. Dianggarkan sehingga 75 peratus penghidap diabetes mengalami masalah seksual, yang semakin teruk dengan peningkatan usia.

ED kebiasaannya mula dikesan selepas 10 tahun pesakit dikesan menghidap diabetes tetapi malangnya ramai yang malu untuk membincangkan masalah tersebut dengan pasangan mahupun doktor mereka. Ini bukan sahaja menjejaskan kepuasan seksual diri, malahan tahap kepuasan isteri (pasangan) mereka juga.

Peranan doktor

Seperti ramai sedia maklum, semakin ramai penduduk dunia dan juga penduduk Malaysia yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, masalah kardiovaskular (jantung dan salur darah), buah pinggang dan banyak lagi. Dengan itu, pasti lebih banyak pesakit yang menemui doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Dr. King menegaskan doktor-doktor perlu mengambil kesempatan semasa pemeriksaan kesihatan pesakit untuk bertanyakan tentang kesihatan seksual mereka.

“Memang difahami bahawa seks adalah satu subjek yang sukar dibincangkan oleh doktor mahupun pesakit. “Bagaimanapun, doktor perlu lebih proaktif dan belajar membincangkan isu sebegini supaya keseluruhan kualiti hidup pesakit terjaga,” katanya. Tegasnya, bantuan doktor dalam subjek tabu ini penting kerana kajian telah membuktikan kepentingan seks tidak akan berkurangan dengan peningkatan usia. Berikutan semakin banyak masalah kesihatan menyusul dengan peningkatan usia, bantuan doktor (walau cuma merujuk kepada pakar bersesuaian) dapat memastikan kepuasan seksual pesakit tidak terjejas teruk.

Dalam konteks budaya Timur yang mementingkan adab sopan, pemikiran lama yang membataskan peranan isteri dalam hubungan seksual bersama suami juga mungkin menjejaskan kepuasan kedua-dua pihak. Untuk itu, komunikasi antara suami isteri amat penting, bukan sahaja bagi mengukuhkan hubungan rumahtangga malahan membolehkan mereka menikmati hubungan yang telah dihalalkan melalui penyatuan yang sah. Seks merupakan satu subjek yang luas dan subjektif dengan bermacam pecahan yang boleh membawa masalah mahupun penyelesaian.

Paling utama, ia melibatkan hubungan mendalam dua individu dan akan memberi kesan (baik atau buruk) kepada kedua-dua suami dan isteri. Jangan hanya mementingkan diri dengan menyorokkan masalah yang dihadapi sehingga membiarkan pasangan anda terkapai-kapai. Seks dalam hidup berumahtangga adalah sesuatu yang amat penting dan tidak boleh diambil mudah kerana ia akan memberi kesan kepada kepuasan hidup anda dan pasangan.

Tinjauan AP SHOW merupakan antara beberapa kajian asas yang dapat membantu mengesan masalah seksual yang dihadapi penduduk rantau ini, seterusnya membolehkan kita mencari jalan penyelesaian masalah tersebut. Oleh itu, banyakkan mendapat makluman mengenai isu sensitif ini, bertanya kepada doktor anda dan dapatkan bantuan jika anda memerlukannya.

Sumber: NURUL ANUAR KARI, Utusan

Entry filed under: Kesihatan Batin, Tenaga Batin. Tags: , , , .

Rokok penyebab mati Pucuk Petua untuk Lelaki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Ubatkuat2u

Artikel yang disediakan di sini adalah merupakan kompilasi. Oleh yang demikian sebarang pertanyaan yang mendalam adalah dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami.

Recent Posts

Rahsia Suami Tahan Lama

Archives

Blog Stats

  • 13,465 hits

%d bloggers like this: