Urut Tenaga batin lebih Baik

April 12, 2010 at 2:12 pm Leave a comment

URUT sudah diketahui sejak berzaman sebagai satu alternatif dalam dunia perubatan. Satu daripada tujuan urut ialah mengembalikan kesihatan dan tenaga lelaki.

 Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat kaedah ini tidak mendatangkan kesan, malah boleh memudaratkan kesihatan lelaki.

 Bagi pengamal perubatan tradisional, Haji Anwar Khan, kaedah berurut sudah terbukti menghasilkan kesan yang diingini jika dilakukan mengikut kaedah betul.

 Pengalamannya sejak lama membuktikan kaedah berurut mampu memulihkan kesihatan dan tenaga seksual lelaki.

 Malah menurutnya, dalam kes serius seperti mati pucuk, ramai pesakitnya berjaya diubati setelah melalui beberapa sesi rawatan dan kaedah tepat.

 Apa yang penting ialah caranya mesti betul dan seseorang perawat pula mesti seseorang yang benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman.

  URUT… Pengamal perubatan tradisional mendakwa ia berkesan mengatasi lemah tenaga batin lelaki.

 “Dengan kata lain, jika anda memiliki kereta Mercedez, kemudian ia rosak, anda perlu mendapatkan mekanik yang mahir dalam selok belok kereta Mercedez.

 “Jangan kereta Mercedez rosak tetapi mekanik basikal atau motosikal dicari,” katanya kepada D’HERBA ketika diajukan soalan mengenai keberkesanan rawatan dengan cara berurut untuk mengatasi masalah kesihatan dan tenaga seksual lelaki.

 Justeru, beliau menegaskan bahawa urut adalah antara kaedah rawatan yang sudah terbukti mampu mengatasi masalah kesihatan lelaki sama ada bagi kes kegagalan ereksi (ED) atau masalah lebih serius, iaitu mati pucuk.

 “Saya ada ‘kontrak’ bulanan dengan ramai lelaki, termasuk golongan VIP. Saya memberi khidmat urut kepada mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali.

 “Jika urut dikatakan tidak berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan lelaki, mengapa mereka mempercayai saya dan terus ‘kontrak’ bulanan dengan saya untuk khidmat urut?

 “Perkhidmatan saya dibayar dan mereka ini bukan calang-calang orang; orang cerdik pandai. Jika urut tidak mendatangkan apa-apa kebaikan, mengapa mereka mempercayai saya untuk sesuatu yang tidak mendatangkan hasil?” katanya.

 Beliau menjelaskan, urut antara lain bertujuan membaiki dan melancarkan peredaran darah agar dengan itu kesihatan lelaki mampu ditingkatkan.

 Menurutnya, ramai lelaki tidak mengambil berat soal kesihatan, sebaliknya mereka lebih memberi tumpuan dan masa mengejar rezeki serta kemewahan harta benda sehingga menjejaskan kesihatan dan perjalanan darah.

 “Kesibukan mengejar harta dunia membolehkan mereka memiliki rumah mewah, kereta mahal dan segala macam perkara.

 “Mereka bekerja dalam pejabat berhawa dingin, kemudian balik rumah dan tidur, juga dalam bilik berhawa dingin.

 “Lama kelamaan, ini menyebabkan perjalanan darah terganggu dan paling memudaratkan ia turut mengganggu kebahagiaan suami isteri di tempat tidur,” katanya.

 Akhirnya, kata Haji Anwar, lelaki seperti ini walaupun nampak kaya, tetapi sebenarnya miskin dari segi kebahagiaan rumahtangga.

 Sebaliknya beliau menyifatkan lelaki miskin tetapi sihat adalah ‘lebih kaya’ berbanding lelaki kaya tetapi tidak sihat, terutama jika dia gagal membahagiakan isterinya sendiri.

 Menurutnya, lelaki kaya sudah tentu boleh membeli apa sahaja yang dihajatinya, tetapi tidak kesihatan dan tenaga seksual.

 Hakikat ini diakui sendiri oleh pelanggannya terdiri daripada lelaki kaya tetapi menghadapi masalah kesihatan sehingga gagal membahagiakan isteri sendiri.

 Lebih daripada itu, katanya, setiap lelaki perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka terhadap isteri bukan sekadar melunaskan nafkah zahir, malah nafkah batin.

 Menjelaskan mengenai perkhidmatan yang disediakannya, Haji Anwar berkata, beliau menggunakan beberapa kaedah mengesan masalah kesihatan lelaki bagi mengenal pasti tahap keseriusannya, termasuklah menerusi kedudukan sistem usus.

 Setelah itu, pesakit akan dijelaskan mengenai tahap kesihatan dan terserah kepada mereka sama ada mahu membuat rawatan atau tidak.

 Jika sesuatu masalah kesihatan lelaki agak serius, beliau sendiri akan merawatnya, manakala bagi kes biasa, ia dikendalikan oleh pembantunya. – D’HERBA

 Sumber: inimajalah

Entry filed under: Tenaga Batin. Tags: , , .

Bahana ubat kuat Bersetubuh ketika isteri haid boleh mati pucuk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Ubatkuat2u

Artikel yang disediakan di sini adalah merupakan kompilasi. Oleh yang demikian sebarang pertanyaan yang mendalam adalah dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami.

Recent Posts

Rahsia Suami Tahan Lama

Archives

Blog Stats

  • 13,465 hits

%d bloggers like this: