Rokok penyebab mati Pucuk

April 12, 2010 at 5:01 pm Leave a comment

NEW YORK: Tabiat merokok boleh menyebabkan lelaki mati pucuk, kerana ia menjejaskan saluran darah, kata penyelidik dari Finland dalam satu laporan. Seorang daripada penyelidik di Kolej Kesihatan Umum Universiti Tampere, Dr Rahman Shiri berkata bagi bekas perokok, masalah mati pucuk boleh menjadi isyarat awal kepada penyakit saluran darah.“Tabiat merokok kerap dikaitkan dengan mati pucuk dan penghisap menghadapi risiko 50 peratus lebih besar bagi kegagalan fungsi ereksi, berbanding mereka yang tidak merokok,” kata laporan yang disiarkan jurnal ‘Urology’.

Bagaimanapun katanya, mekanisme mengenai bagaimana tabiat merokok menyumbang kepada masalah mati pucuk belum dapat dijelaskan sepenuhnya.

“Ia mungkin melemahkan pengaliran darah ke zakar, mengganggu fungsi nitrik oksida yang penting untuk rangsangan atau menyebabkan saluran darah ke jantung menjadi tegang, antara punca yang diketahui sebagai penyebab mati pucuk,” katanya.

Untuk mengenal pasti perkara itu, penyelidik menjalankan kajian terhadap 1,368 lelaki berusia antara 50, 60 dan 70 tahun yang melengkapkan tiga soal selidik setiap lima tahun dari 1994 hingga 2004.

Hasil kajian mendapati lelaki yang menghisap rokok pada 1994 dan menghadapi penyakit pembuluh darah selepas itu mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mati pucuk berbanding lelaki yang tidak merokok.

Bagaimanapun penghisap rokok yang tidak menghidap penyakit pembuluh darah tidak menghadapi risiko besar kegagalan ereksi.

Lelaki yang melaporkan mereka mengalami mati pucuk pada 1994 dan juga bekas perokok, menghadapi risiko 50 peratus untuk menghidap penyakit pembuluh darah berbanding mereka tidak merokok dan tidak mati pucuk pada permulaan kajian.

“Kajian mendapati tabiat merokok boleh menyebabkan mati pucuk yang berpunca daripada penyakit pembuluh darah. Mati pucuk juga boleh dianggap sebagai tanda awal penyakit pembuluh darah,” lapor pengkaji itu. – Reuters

Entry filed under: Masalah Batin. Tags: , , .

Bersetubuh ketika isteri haid boleh mati pucuk Petunjuk kesihatan dan kepuasan hidup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Ubatkuat2u

Artikel yang disediakan di sini adalah merupakan kompilasi. Oleh yang demikian sebarang pertanyaan yang mendalam adalah dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami.

Recent Posts

Rahsia Suami Tahan Lama

Archives

Blog Stats

  • 13,465 hits

%d bloggers like this: