Rahsia Kemaluan Lelaki

Apakah anda sedia untuk mengetahui apa yang kemaluan anda yang menunjukkan berkenaan diri anda?

Walau apa pun yang orang lelaki mendakwa atau bercakap besar, namun kemaluan dialah yang akan menyatakan segalanya!

Pada mulanya, mari kita bersetuju bahawa bercakap benar pada masa ini iaitu ianya berkadaan terangsang. Tidak tegak. Tidak tegang. Anda perlu berada di keadaan semulajadi iaitu lemah dan lembik!

Sekarang itulah tetap, kita boleh memulakan…

KEMALUAN ANDA PANJANG ATAU PENDEK?

Anda panjang atau pendek? Anda mesti ikhlas! Gunakan kayu pembaris kalau perlu. Jika kurang daripada 3″ bererti pendek, kalau lebih daripada 3″ bererti panjang.

Secara amnya, kajian-kajian mencadangkan bahawa panjang rata adalah 3″ ke 4″ dan lingkungan rata adalah 2.5″ ke 4″.

Menurut kajian di 1989 panjang rata adalah 3.5″ dan lingkungan rata adalah 3.37″. Tapi menurut Kinsey dalam kajian lebih dahulu panjang rata adalah 4.0″ dan lingkungan rata adalah 3.7″.

Atau orang lelaki sudah menyusut atau statistik moden menjadi lebih realistik!

KALAU PANJANG

bererti anda memang suka menunjuk-nunjuk! Anda mudah belajar cara baru dan berseronok mencuba. Jika anda panjang lagi bererti anda suka menciptakan cara baru!

KALAU PENDEK

bererti anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya, tetapi sekali lagi anda memulakannya, anda boleh berupaya. Anda seorang yang bermimpi-mimpian dan romantik, anda boleh mengejutkan semua orang bila anda hilang sabar dan kepada budi. Anda suka mengikut adat.

TEBAL ATAU KURUS?

TEBAL

 Anda mempunyai daya khayalan yang tinggi dan sungguh mempunyai keazaman dan kekuatan untuk mengkagumkan. Jika lagi tebal di dasar kemaluan bererti anda utamakan kebebasan.

KURUS

Anda seorang sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. Kehalusan dan mutu sesuatu yang penting bagi anda.

 LICIN ATAU BERSIMPUL?

LICIN

Anda seorang kekasih yang intuitif! Anda juga sering mengikut perasaan namum pamdai menyesuaikan dengan perubahan dengan senang. Anda pandai menilai keindahan.

BERSIMPUL

Anda suka suka membuat sesuatudengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. Anda memikirkan sesuatu dengan logik akal. Satu atau dua bengkul besar menyatakan bahawa anda seorang kekasih yang sering membuat pasangan anda berada dalam kepayahan.

HUJUNGNYA RUNCING, TUMPUL ATAU LEBAR?

HUJUNG RUNCING

Walau bagaimana pun anda idealistik dan artistik di perhubungan, agak sukar untuk anda bersenang-lenang dan lepaskan kebebasan anda. Jika anda panjang dan kurus juga, anda seorang kekasih yang mementingkan diri sendiri!

TUMPUL ATAU SEGI EMPAT

 Anda kekasih praktik yang suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan bukannya perkataan.

LEBAR ATAU BERBENTUK BAWANG

Kehendak seksual anda begitu kuat! Cergas, luar biasa dan bersifat menawan.

 BENGKOK ATAU MELENGKUNG?

MELENGKUNG KE KANAN

Bererti dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pemberi. Anda seorang yang suka bercerita tentang seks diri anda sendiri begitu juga halnya dengan orang lain yang anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga.

KEMALUAN MELENGKUNG KE KIRI

Dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. Anda lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia.

KEMALUAN BENGKOK TEPAT

Anda tajam akal tetapi anda seorang yang gatal. Anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu.

Kalau anda mempunyai kemaluan panjang yang melengkung bengkok, bererti anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan dengan nafsu dan cinta.

Kalau anda mempunyai kemaluan pendek yang melengkung bengkok, bererti anda kerapkali cemas dengan kemampuan seks anda. Kalau kemaluan anda bengkok di pangkalnya, anda selalu bahawa anda orang luar. Anda berasa bahawa semua orang lain mempunyai hidup senang walau bagaimanapun berusaha untuk berjaya.

 BULU JARANG ATAU LEBAT?

JARANG

Kesukaan seksual anda halus sekali tetapi kehendak seksual anda naik turun. Oleh sebab anda segan, anda perlu banyak keyakinan.

LEBAT

Anda begitu bertenaga di bilik tidur. Perlakuan seks anda agak kasar.

sumber:tanyalelaki.com

May 13, 2010 at 11:38 pm Leave a comment

Ubat Kuat..Jangan Cepat Terpedaya

Mati boleh hidup balik

KUALA LUMPUR: “Orang sudah mahu mati pun boleh ‘hidup’ balik kalau telan satu pil naik nafsu ni,” kata seorang ‘doktor’ ubat-ubatan rangsangan seks haram sambil menunjukkan pelbagai kotak kecil mengandungi kapsul biru dan coklat yang dipamerkan di atas meja. 

Lelaki berusia lewat 50-an terbabit berkata, pil rangsangan seks dijual dengan harga RM10 sebiji itu mempunyai ‘kuasa’ ajaib untuk mengembalikan kejantanan lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Namun, di sebalik kehebatan pil terbabit yang disogokkan kepada orang ramai itu, tersembunyi bahaya menanti apabila kebanyakan daripadanya mengandungi kimia berbahaya antaranya Sildenafil Nitrat, Taladafil selain campuran bahan asing.

Tinjauan wartawan di Chow Kit mendapati kebanyakan peniaga ubat-ubatan seks haram berkenaan pernah diserbu dan ditahan beberapa kali oleh pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), namun masih tidak serik.

Walaupun kebanyakan barang jualan dirampas, namun ia tidak menghalang kumpulan peniaga terbabit untuk terus menjual pelbagai ubat-ubatan seks terlarang termasuk peralatan untuk merangsang seks lelaki dan wanita.

Wartawan yang menyamar pelanggan turut ditawarkan pelbagai produk rangsangan seks terkini di pasaran antaranya Maxman dan The Forbidden Kingdom yang didakwa paling laris dan menakjubkan.

“Barang ini baru sampai dari Amerika…lagi ‘power’ dari viagra dan tak mahal. Satu kotak cuma RM20 dan boleh tahan sampai sebulan,” katanya. Ditanya sama ada produk terbabit selamat untuk digunakan, lelaki Aceh itu memberi jaminan produk terbabit selamat dimakan warga emas atau remaja.

“Jangan bimbang, ubat ni dibuat dari bahan tumbuh-tumbuhan…tak ada bahan kimia. Setakat ni belum ada yang mengadu mati selepas makan pil berkenaan. Jika abang ragu-ragu, abang cuba dulu pil dos rendah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM berkata, sikap taksub masyarakat terhadap produk seks selain rasa tidak yakin terhadap keupayaan diri menyebabkan penjualan produk haram terbabit gagal dibanteras sepenuhnya.

“Orang ramai sepatutnya berwaspada kerana pil rangsangan seks yang mengandungi kimia Sildenafil atau Tadalafil mempunyai pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan menyebabkan ia dikawal sepenuhnya mengikut Akta Racun 1952,” katanya.

 Sumber: H Metro

May 12, 2010 at 10:00 am Leave a comment

10 Perkara Perosak Sperma

Pastinya semua orang sudah mengetahui dalam proses reproduksi manusia, untuk recall balik, apabila persetubuhan berlaku, air mani dari zakar lelaki terpancut ke dalam faraj pasangan wanita. Air mani ini mengandungi sebanyak 400 juta sperma. Banyak sperma tertumpah keluar dari faraj wanita, tetapi sebilangan sperma mula berenang di dalam faraj menuju ke kaviti rahim dengan pantas dan terus ke tiub Fallopian.

Apabila sebilangan sperma tiba di dalam tiub Fallopian di mana ovum mungkin telah bersedia menunggu, hanya satu sperma bercantum dengan ovum ini. Ini dikenali sebagai fertilisasi (persenyawaan). sumber : KPWKM. Sperma lelaki boleh menjadi lemah dan tidak mampu untuk berenang di sebabkan beberapa faktor.

Di antara 10 perkara yang boleh merosakkan sperma lelaki adalah:

Kepanasan melampau (Overheating )

Testis Manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali ianya berada dalam lebih sejuk daripada suhu bahagian badan lain. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

Tab Mandian Air Panas (Hot Tubs)

Tab mandian air panas tidak baik untuk dalam testis, 30 minit di jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma.

Demam

 Demam yang terlalu tinggi suhunya boleh mempunyai kesan yang tidak elok kepada kesuburan sperma lelaki. Dan bergantung pada waktu proses pengeluaran sperma, kepekatan sperma boleh mengurangkan sehingga 35 peratus selepas demam berdasarkan sebuah kajian pada tahun 2003.

Laptop

Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil dari penggunaan laptop akan meningkatkan suhu skrotum sehingga mampu mencapai 35?C . Ianya akan memudaratkan sperma jika anda cuba untuk hamilkan isteri anda, tinggalkan laptop di atas meja.

Seluar dalam

 Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan menganggu pengaliran darah di kawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.

 Pembesaran pembuluh darah

Sekitar 15 peratus menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum, biasanya di testis kiri. Ketika seorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah, apabila keadaan ini berlaku ianya akan memberikan kesan kepada pengeluaran sperma.

Telefon Selular (Cell Phones)

Radiasi daripada telefon selular yang disimpan di dalam poket seluar lelaki juga di katakan turut memberikan kesan kepada tahap kesuburan dan produktivitialt kelamin lelaki.

Obesiti

Obesiti di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita (estrogen) dalam tubuh lelaki, penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual, dan ketidaksuburan.

Gaya Hidup Tidak Sihat

 Tembakau, alkohol, dan ganja boleh mengganggu fungsi seksual dan telah terbukti mengurangkan jumlah, fungsi sperma dan kesuburan laki-laki secara keseluruhan.

Lain-lain masalah sperma

Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.

Sumber:myjazmanie.com

April 23, 2010 at 3:13 pm Leave a comment

3.5 juta lelaki mati pucuk

KUALA LUMPUR – Bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah disfungsi erektil atau Erectile Disfunction (ED) iaitu mati pucuk semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang.

Masalah kelakian itu agak membimbangkan dengan bilangan penghidapnya hanya 1.7 juta pada 1997, meningkat kepada 2.3 juta pada 2003 dan 3.5 juta pada tahun lalu. Daripada angka tersebut, 15 peratus melibatkan lelaki berumur antara 25 dan 34 tahun manakala 23 peratus lagi di kalangan lelaki lingkungan umur tersebut mengalami kesukaran mengekalkan ereksi.

Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr. Ismail Thambi yang mendedahkan perkara itu bimbang dengan perkembangan terbaru tersebut kerana ramai di kalangan lelaki muda tidak mengetahui mereka menghadapi masalah berkenaan. “Baru-baru ini ada laporan dari Universiti Columbia yang menyatakan lelaki yang mula aktif dalam aktiviti seksual pada umur yang amat muda iaitu 14 tahun ke bawah mudah mengalami masalah seksual apabila umur meningkat,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau memberitahu, mereka yang kerap melakukan onani atau melakukan hubungan seks seawal umur 14 tahun mungkin terdedah kepada masalah mati pucuk apabila umur meningkat 30-an. Jika sebelum ini masalah psikologi yang berpunca daripada tekanan itu sering menghantui golongan lelaki berusia 40 tahun ke atas, namun kini ia turut menjadi igauan ‘ngeri’ lelaki yang lebih muda. Jelas Ismail, onani boleh menimbulkan masalah Traumatic Masturbatory Syndrome iaitu keadaan di mana klimaks berlaku dengan cepat.

Sumber: KOSMO

April 20, 2010 at 9:22 am Leave a comment

Padah salah aksi ketika ejakulasi

Tanya Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM.

SAYA mempunyai zakar yang tegang ketika masturbasi. Kadang-kadang, saya akan membengkokkan zakar saya sedikit ketika masturbasi untuk menambah keseronokan. Selepas ejakulasi, saya akan merasa sakit pada zakar.

Jika saya tidak membengkokkan zakar ketika masturbasi, saya tidak akan berasa sakit selepas ejakulasi. Apa yang saya tahu, lelaki boleh melakukan banyak stail ketika melakukan masturbasi atau hubungan seks.

Saya risau tidak boleh memberi kepuasan kepada isteri pada masa depan kerana saya tidak boleh beraksi seperti membengkok di sana-sini. Adakah kesakitan ini memudaratkan dan tindakan membengkokkan zakar boleh menyebabkan ia lembik? Mohon nasihat dan tunjuk ajar dari doktor. Pemuda Risau

TINDAKAN saudara membengkokkan zakar ketika onani boleh menimbulkan kecederaan serius pada batang zakar saudara. Ketika zakar menegang, darah akan memenuhi ruang dalam tisu corpora cavernosa iaitu dua struktur yang berbentuk tiub yang juga struktur utama dalam batang zakar.

Kedua-dua struktur ini dibaluti dengan satu lapisan tisu yang dikenali sebagai tunica albuginea. Fungsi lapisan ini adalah untuk mengekalkan darah dalam corpora cavernosa dan ia juga untuk membolehkan batang zakar menjadi keras.

Dalam keadaan zakar yang tegang, lapisan tunica albuginea ini akan menjadi tersangat nipis. Apa yang boleh berlaku ialah jika saudara kerap membengkokkan zakar ketika masturbasi, lapisan tunica albuginea boleh koyak.
Apabila koyak, darah akan mengalir keluar dari ruang corpora cavernosa dan memenuhi kawasan di bawah permukaan kulit. Batang zakar juga tidak akan menjadi tegang lagi akibat kebocoran darah dari ruang corpora cavernosa. Keadaan ini dikenali sebagai ‘patah’ batang zakar atau Fracture Penis.

Fracture penis ini sering terjadi ketika mastubasi, tambah lagi apabila seseorang itu gemar membengkokkan zakar pada sudut yang tertentu. Ia juga boleh berlaku ketika persetubuhan terutama apabila tusukan batang zakar ke dalam vagina berlaku pada sudut yang tidak normal atau zakar tiba-tiba terbengkok ketika tusukan.

Sering kali sebelum ianya berlaku, seseorang lelaki akan mendengar bunyi crack diikuti dengan sakit pada batang zakar. Batang zakar akan terus menjadi lembik dan akan menjadi bengkak serta berwarna kebiruan.

Fracture penis ini perlu dirawat secara pembedahan kecemasan. Ketika pembedahan, pakar urologi terpaksa mencari tempat di mana koyakan berlaku dan tempat itu perlu dijahit semula.

Jika tidak dirawat, batang zakar sukar untuk mendapat ketegangan akibat dari kebocoran darah. Pada jangka masa panjang, kawasan itu akan ditutupi tisu parut yang akan menyebabkan batang zakar menjadi bengkok ketika tegang.

Kecederaan pada saluran urethra juga boleh berlaku bersama-sama dengan fracture penis. Selain dari fracture penis, tabiat saudara membengkokkan batang zakar ketika masturbasi boleh menyebabkan pembentukan tisu parut pada batang zakar. Pembentukkan tisu parut ini boleh menyebabkan batang zakar bengkok ketika ereksi dan pada kes yang teruk, penetrasi tidak dapat dilakukan.

Janganlah saudara terpengaruh dengan aksi filem porno. Sudah semestinya pelbagai aksi digayakan untuk menarik perhatian penonton. Anggapan bahawa membengkokkan zakar semasa masturbasi boleh menambahkan keseronokan adalah ilusi semata mata.

Ini kerana sarat-saraf yang memberikan sensasi ketika masturbasi atau hubungan jenis ada banyak di kepala batang zakar, bukannya pada batang zakar.

Jika saudara berminat untuk mempelajari pelbagai teknik dalam hubungan seks suami isteri, ada banyak buku di pasaran mengenai teknik berkenaan. Usah gunakan video lucah sebagai sumber rujukan.

Sumber :Berita Harian

April 16, 2010 at 9:49 am Leave a comment

Lelaki Malaysia menderita dalam senyap

“Tidak malam ini sayang, saya letih di pejabat.” Mungkin ungkapan ini biasa diucapkan oleh isteri kepada suami. Bagaimana pula jika ucapan sama keluar dari mulut lelaki yang bergelar suami yang kehilangan perasaan keintiman.

Mungkin apa yang terfikir hanya keletihan atau tekanan menjadi faktor penyebab kelembapan rangsangan seksual.

Namun ia sebenarnya turut dikaitkan dengan faktor kesihatan, emosi dan gaya hidup seseorang yang amat berkait dengan kesihatan seksual.

Berbanding topik penjagaan kesihatan lain seperti amalan gaya hidup sihat, senaman dan pemakanan seimbang, topik ini amat jarang diperkatakan.

Selain kurang kesedaran mengenainya rasa malu dan ego adalah penyebab utama kenapa ia jarang dibincangkan.

Tetapi hakikatnya, kini semakin ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap.

Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang masalah seksualsecara terbuka kerana takut digelar ‘tidak sempurna’. Ini kerana banyak beranggapan ‘kejantanan’ lelaki terletak pada kehebatan mereka di atas katil.

Justeru, untuk tidak berasa malu atau dimalukan golongan adam ini lebih rela menderita dalam diam.

Bukan kerana kesakitan yang mudah dikesan melalui pandangan orang lain tetapi masalah yang terlalu sulit sehingga menjejaskan semangat dan keyakinan diri empunya badan.

Apa yang dimaksudkan itu adalah masalah berkaitan keupayaan biologi anggota sulit yang dipanggil disfungsi erektil (ED) atau lebih dikenali dengan mati pucuk.

Menurut Pakar Urologi Universiti Hertfordshire, London, Profesor Michael Kirby, lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan.

”Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan membawa kepada kesan yang bahaya pada diri lelaki tersebut,” katanya.

Terangnya, permasalahan ini sebenarnya berlaku akibat daripada gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar.

Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolestrol dalam darah yang luar biasa tingginya.

Katanya lagi, diabetes adalah satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin.

”Kesan penyakit yang dihadapi itu akan menyebabkan mangsa mengalami penyakit ED,” katanya.

Peratusan pesakit diabetes yang mengalami mati pucuk adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki biasa.

”Ini kerana mereka yang mengalami diabetes cenderung mengalami kerosakan saraf dan risiko kerosakan saraf akan semakin meningkat seiring dengan jangka masa seseorang itu mengidap diabetes.

”Kerosakan saraf turut menjejaskan pengaliran darah ke bahagian anggota badan yang boleh menyumbang kepada keletihan, selain menjejaskan keupayaan ereksi atau mengekalkan ereksi lelaki,” terangnya pada satu majlis yang diadakan di sini baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, penyakit yang dihidapi juga turut menyumbang kepada keletihan dan kelesuan. Tambahan pula pengambilan ubat-ubatan dalam jangka panjang juga mungkin memburukkan lagi keadaan.

Oleh itu katanya, pemakanan seimbang adalah kunci utama kepada kesihatan. Patuhilah panduan pemakanan daripada doktor untuk memastikan diabetes dalam keadaan terkawal.

”Keadaan ini boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan.

”Kesannya kira-kira setengah daripada pengidap diabetes lelaki akan menghadapi masalah tenaga batin,” ujarnya

Jelasnya, dalam satu kajian yang dilakukan oleh The Asia Pacific Sexual Healty and Overall Wellness Survey (AP SHOW) mendapati ramai lelaki di 13 buah negara termasuk Malaysia menderita penyakit berkenaan.

Malah hasil daripada kajian yang terdiri daripada 3,957 responden mendapati 57 peratus golongan lelaki dan 64 peratus wanita menyatakan tidak mendapat kepuasan yang sepenuhnya dalam hubungan intim bersama pasangan mereka.

Keadaan ini menjadi kebimbangan jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya pada peringkat awal.

Kini, para penyelidik mendapati empat daripada lima yang menderita masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca daripada keadaan fizikal

”Adalah tidak munasabah jika memberi alasan malu untuk mendapat rawatan pada peringkat awal. Malah akan wujud implikasi yang serius jika dibiarkan berterusan,” terangnya.

Bagaimanapun, menurut kajian yang telah dijalankan berkaitan rawatan lemah tenaga batin di Asia mendapati, 25 peratus pesakit lemah tenaga batin juga menghidapi tekanan darah berlebihan, 15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus menghidap diabetes, sembilan peratus menghidap keadaan psikitri, tujuh peratus menghidap trauma pelvik, dan dua peratus mengalami kecederaan tulang belakang.

Dalam pada itu, pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan masalah yang melanda lelaki ini.

”Hasil kajian mendapati, antara 10 hingga 20 peratus daripada kes mati pucuk adalah disebabkan faktor psikologi,” katanya.

Bagaimanapun tegasnya, bagi kebanyakan lelaki, ED menambahkan lagi kemurungan mereka sehingga boleh menyebabkan kehilangan keyakinan diri, rendah diri, resah dan tekanan antara mereka dan pasangan.

”Kesemua gangguan emosi itu turut menjejaskan kesejahteraan emosi dan boleh menyebabkan masalah fizikal yang mendorong kepada kepada kegagalan untuk mencapai ereksi.

Sementara itu, gaya hidup yang tidak sihat turut menyumbang kepada masalah seks seperti merokok, meminum minuman keras.

Amalan merokok katanya, bukan sahaja boleh menyebabkan kanser tetapi turut menjejaskan perjalanan darah serta mengganggu pencapaian ereksi.

Namun dengan ledakan teknologi baru terkini, kaum adam tidak perlu malu lagi dan boleh melakukan pemeriksaan sendiri tahap ketegangan ED di rumah.

Ukuran diognostik baru itu dikenali markah ketegangan ereksi (EHS). Ia mampu mengesan tahap awal ED dengan menggunakan skala empat markah yang mengenal pasti ereksi gred satu untuk lelaki yang mengalami ED hingga gred empat.

Terangnya, gred satu dinilai dengan zakar membesar tetapi tidak tegang, manakala gred dua pula keadaan yang tegang tetapi tidak cukup untuk melakukan hubungan intim.

Sementara itu, terangnya lagi, gred tiga pula di nilai dengan cukup tegang untuk seks tetapi tidak tegang sepenuhnya dan yang paling terbaik ialah gred empat, tegang dan keras sepenuhnya.

Beliau menambah, individu yang melakukan penilaian itu boleh mendapatkan rawatan dan perbincangan terperinci dengan pakar perubatan untuk mengembalikan fungsi seksual keseluruhan.

Sumber:Utusan Online, Zuhayati yazid

April 14, 2010 at 12:08 pm Leave a comment

Petua untuk Lelaki

Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.

2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki
Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.

3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’
Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.

4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar menegnai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

Sumber: Suhaimy.org

April 14, 2010 at 11:53 am Leave a comment

Older Posts


Ubatkuat2u

Artikel yang disediakan di sini adalah merupakan kompilasi. Oleh yang demikian sebarang pertanyaan yang mendalam adalah dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang dialami.

Recent Posts

Rahsia Suami Tahan Lama

Archives

Blog Stats

  • 6,374 hits

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.